Sudah berapa hari blog ini ditinggalkan ek.? Ehh, tapi saya ada mission ye. Itu sebab tak berkesempatan nak tulis entri. Apakah.?
(: Saya kena buat research la. Amboi, perkataan nak gempak saja. Research. Haha. Buat research tentang course apa-apa yang saya mahu isi dalam borang UPU. Almaklumlah, kita ni buat kerja semua nak last minute kan kan. Time kena isi borang itu la juga time dia sibuk pening nak decide mohon apa.
Yang teruknya, boleh pula si empunya diri ni update fasa 2 permohonan USM betul-betul setengah jam sebelum fasa 2 itu ditutup. Itupun isi macam nak tak nak je. Itupun lepas fikir dua tiga kali. Mahu isi.? Tak mahu isi.? Perlu.? Tak perlu.? Sebabnya kan, kalau dapat tawaran USM tu, kemungkinan BESAR saya akan TOLAK. Jadi, bila mengisi tu, ishh~ Sangatlah merepek permohonan yang saya buat. Mahu lihat.?
Okay, first choice itu buat masa permohonan fasa 1 dulu. Dan memang tak dapatlah kan dengan result saya yang sederhana itu. Masuk fasa 2, aiseymenn. Dia tak bagi tukar pula. Freeze la dia sendirian di situ. Tidak mengapa, ada TUJUH lagi isi-tempat-kosong yang tersedia. Tapi saya guna tiga je tempat kosong. Kalau orang lain tengok mesti marah kan.? Ye la, ada peluang diberi tapi take for granted. Ehh, kejap. Saya tak berniat. Saya ada sebab yang SANGAT KUKUH untuk tidak memilih USM.
Second choice. Dulu pernah berangan-angan nak jadi technician kapal terbang. Tapi terbantut. Prett.! Sebab SAYA TAK MINAT FIZIK.! Fizik pada saya, SANGAT SUSAH. Dreadly susah. Nak pengsan susahnya. Masa asasi dulu tu sampai menangis sebab rasa macam tak boleh buat. Tapi Alhamdulillah lepas la juga time final. B-. Nasib tak fail. Tapi mohon juga Aerospace tu buat apa.? Sebab rasa macam tak akan dapat. Haha c(;
Pilihan ketiga, FORENSIK tuu~ Memang tak lah kan. Saya ni memang la peminat setia CSI, NCIS, Bones, Criminal Minds, and every TV series tentang forensic and crimes ni. Tapi tengok je la. Terlibat.? Oh tidakk.! Adoi, takut la. Saya tak ada courage untuk buat seperti yang orang forensik buat kepada dead body. My friend pernah tunjuk video pembedahan forensik keatas 'subjek'. Alamak, saya boleh tengok for the first ONE minute je. Itupun dah rasa ngerii. Again, membangkitkan persoalan, kenapa saya letak forensic science sebagai pilihan.? Sebab rasa macam tak akan dapat juga. Weeeeee~
Last choice, major in Biology. Yang ini, saya 50-50 antara dapat atau tidak. Saya letak pilihan ini sebab saya dah tak tahu nak pilih apa lagi. Kalau USM bagi tawaran ini, well, saya kemungkinan besar (lagi) akan tolak. Maaf.
Ye, sekarang saya mahu tunjukkan the reason why saya tak mahu masuk ke USM.
Yeh see that.? See.? My first and second choice, are dedicated for Veterinary courses. YES. I wanna be a vet. And yes, I WILL. InshaAllah. Pray for me will yeh.?
Third one, well, kalau tak dapat Vet (PLEASEEEE JANGANN) I'd rather have this. Atleast saya boleh juga la buat kalau bab kira-kira ni. But effort kena kuat sikit. Saya ni malas sikit kalau bab study Math. But still, better than Physics and Chemistry. And dengar cerita gaji actuarist ni banyak ek.?? Haha, tak apa. Itu belakang punya kira.
Fourth one, kalau yang ini lepas graduate boleh kerja lab. Dulu terfikir juga nak jadi biotech researcher. Nak nak lagi lepas tengok berita government hantar students biotech ke South Korea. Wah, kalau saya dapat jadi macam mereka, boleh jalan-jalan ke negara Han and curi-curi pergi Inkigayo tengok SNSD. Okay, angan-angan Mat Jenin.
Fifth one, INI AYAH YANG SURUH. Ayah memang.! Dah tahu orang tak pandai Fizik dia suruh juga pilih yang ni. Ishh~ kalau setakat mekatronik saja, tanpa "program kerjasama bla bla.." tu, dah sah sah la saya tak mahu. Satu-satunya attraction course ini pada saya adalah UMP bekerjasama dengan HsKA dari German. So graduates akan dapat two certificates, each from the universities. Means, kalau cemerlang, boleh la try luck untuk kerja dengan syarikat from German. Like Mercedes.
The sixth one, aeronautical engineering. Eh. Mahu kerja dengan MAS lah. Ngehehe~
The sixth one, aeronautical engineering. Eh. Mahu kerja dengan MAS lah. Ngehehe~
The last two choices, both majors. Grad je, terus sambung Masters. Apa lagi, lecturer la jawabnya.
Haa, saya langsung tak mohon UKM, UM, and UIA. Dulu berdegar-degar tak mahu sambung belajar jauh-jauh. Nak yang dekat saja macam these universities. Tapi sekarang rasa takut pula mahu memilih uni-uni tersebut. Takut mereka demand. Takut saya tak terpilih. Hmm, mungkin saya akan alter balik permohonan ni. Tengok la. Tapi maybe tidak juga. Aiya, bikin pusing ini pasal woo. Teheee.
2 Little La la la:
ziema tak pilih lagi kos2 untuk fasa 2. sobsobb.
org cakap sains aktuari tu SUSAH! hee. tapi dalam list ziema ada jugak kos tu. ekceli mmg tak tau nak amik apa since farmasi demand tinggi. huhu.
goodluck! :D
ish~ cepatt cepatt isi. c(;
tu la kita pun dgr aktuari ssh. tapi fizik lg susah kan kan.. xD
thanks. awak pun, gambatte.!
Post a Comment